Saturday, May 9, 2009

Pintu Bahagia sentiasa ada

Dalam meletakkan fasa dalam sesautu perhubungan, sudah pasti ada sesautu yang kita cari pada si dia dan mengharapkan sesautu yang terbaik dari dia. Kadang - kadang apa yang kita cari tidak sama yang kita harapkan. So, apabila perpisahan berlaku janglah kita bersedih kerana Allah dah jadikan semua manusia hidup berpasangan. For my first entri, aku nak bagi berapa - berapa tips untuk memperolehi kekuatan dalam bercinta:

  • Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah. Biarlah tertarik pada pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum yang dapat membuat hari yang gelap menjadi gelap. ( Bilakah aku dapat dipertemukan lelaki yang dapat buat aku senyum semula)
  • Saat anda amat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.
  • Semoga anda mendapat kebahagian yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapaan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.
  • Ketika satu pintu kebahagian tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.
  • Sahabat yang baik adalah dia yang dapat duduk berbual di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkan dengan perasaan sudah bercakap -cakap lama dengannya.
  • Benarlah kata - kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangannya. Anda juga tidak tahu apa yang belum anda miliki sehingga anda memperolehinya.
  • Pandanglah sesautu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.
  • Kata - kata yang diucapkan sembarang seolah -olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata - kata yang kejam dapat menghancurkan sesautu kehidupan. Kata - kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata - kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka sekian lama membekas.
  • Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diiginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.
  • Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  • Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  • Kebahagian tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Jesteru, hargai betapa pentingnya orang yang hadir dalam hidup anda.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.
  • Cinta dimulaikan dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.
  • Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang anda tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernak memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.
  • Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup gengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.
  • Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan menyatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.
  • Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

No comments:

Post a Comment